Dapatkan aplikasi

Ash-Sharh

94. · 8 ayat · Makkiyyah · Tertib penurunan 12الشرح

Surah Ash-Sharh ialah surah ke-94 dalam al-Quran dan mengandungi 8 ayat; ia Makkiyyah. Halaman ini memuatkan teks Arab, transliterasi rumi, terjemahan Melayu dan tilawah Arab bagi setiap ayat.

Teks Arab: Tanzil UthmaniTerjemahan: Abdullah BasmeihTransliterasi: Tanzil TR (Muhammet Abay)Tilawah: Mishary Râshid el-Afasy

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

Alam nashrah laka sadrak

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ

Wa wa d'ana 'anka wizrak

Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ

Allazee anqada zahrak

Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ

Wa raf 'ana laka zikrak

Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا

Fa inna ma'al usri yusra

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا

Inna ma'al 'usri yusra

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ

Fa iza faragh ta fansab

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب

Wa ilaa rabbika far ghab

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Ad-DuhaAt-Tin

Dengar dari awal hingga akhir · Ash-Sharh

0:00