At-Takathur
التكاثرSurah At-Takathur ialah surah ke-102 dalam al-Quran dan mengandungi 8 ayat; ia Makkiyyah. Halaman ini memuatkan teks Arab, transliterasi rumi, terjemahan Melayu dan tilawah Arab bagi setiap ayat.
Teks Arab: Tanzil UthmaniTerjemahan: Abdullah BasmeihTransliterasi: Tanzil TR (Muhammet Abay)Tilawah: Mishary Râshid el-Afasy
أَلْهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ
Al haaku mut takathur
حَتَّىٰ زُرْتُمُ ٱلْمَقَابِرَ
Hatta zurtumul-maqaabir
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ
Kalla sawfa ta'lamoon
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ
Thumma kalla sawfa ta'lamoon
Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ ٱلْيَقِينِ
Kalla law ta'lamoona 'ilmal yaqeen
لَتَرَوُنَّ ٱلْجَحِيمَ
Latara-wun nal jaheem
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ ٱلْيَقِينِ
Thumma latara wunnaha 'ainal yaqeen
Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
ثُمَّ لَتُسْـَٔلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ
Thumma latus alunna yauma-izin 'anin na'eem
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
Dengar dari awal hingga akhir · At-Takathur
0:00